Friday 5 September 2014

Stress? Jom makan.......Episod 2

Makanlah buah avokado.

Avokado merupakan buah yang kaya dengan lemak tepu dan potasium, membantu menurunkan tekanan darah. Hanya dengan separuh avokado yang dimakan mentah, atau dicampur dalam salad, atau dibuat jus, ia boleh menandingi khasiat potasium yang terdapat dalam tablet-tablet suplemen anda yang mahal itu.

Kalau rasa payah nak buat pasta avokado pasal tensen sangat. Suruhlah encik suami atau cik isteri buatkan jus avokado. Blend sahaja dengan susu, gula, coklat. Pasti sodap!

Selamat mencuba! Episod 3 bersambung esok.......

Tuesday 2 September 2014

Stress? Jom makan.......Episod 1

Bila anda stress, ambil segenggam badam kerana badam kaya dengan vitamin E, antioksidan yang boleh merangsang sistem imunisasi. Sama seperti badam, pistacio juga boleh meredakan degupan jantung anda bila berlaku perkara yang menegangkan fikiran dan tekanan.



Selain dimakan begitu sahaja, anda boleh mencampurkannya bersama salad ataupun coklat Nutella! Yummy!. Kekacang seperti badam, pistacio dan walnut boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan stress.

Lagi-lagi ketika jantung berdegup kencang ketika berhadapan dengan si dia atau ketika ditahan JPJ semasa roadblock pada hujung minggu. Badam, walnut dan pistacio boleh membantu menghilangkan tekanan.

Selamat mencuba! Episod 2 bersambung esok.....

Thursday 21 August 2014

Merdeka !

Merdeka dari hutang bisnes dan hutang peribadi adalah impian ramai orang. Atau lebih tepat semua orang.

Semalam saya duduk dengan seorang usahawan property.

Saya suka bisnes model yang beliau gunakan, tunai dan tidak menggunakan pinjaman dari mana-mana institusi kewangan berlesen.

Tetapi beliau menggunakan dana dalaman sendiri sahaja. Berbeza dengan ramai usahawan yang saya temui sebelum ini.

--> Sasaran dalam masa 2 tahun untuk mencapai tahap 'Freedom of debt' akan tercapai jika saya terus tiru bisnes model beliau.

--> Jika kita meminjam sebahagian daripada duit keuntuungan bisnes kita untuk memperkayakan orang lain.

--> Bisnes jika OK Alhamdullillah ada untung, tetapi jika bisnes kita menghadapi masalah atau tertangguh, kita masih perlu melunaskan hutang-hutang pinjaman. Semakin lama semakin tinggi jumlah hutang. Jika menggunakan tunai sendiri. Lebih mudah untuk kita keluar dari isu ini.

Nota: Catatan Facebook Bapak Rambo aka Hj Wan Hilmi

Wednesday 20 August 2014

Jejak Kasih di Menara TM

Cinta pandang pertama kami dengan Menara TM ialah pada 2 Jun 2014, cinta berputik dengan jualan meja kecil selama seminggu bermula dengan 30 pax Nasi Rambo sebagai percubaan. Hari berikutnya jumlah tersebut meningkat, terus meningkat dan pada hari ke-5 jualan mencecah 200 pax! Paling best SOLD OUT within 1 hour session!

Selepas event tersebut, kami masih menerima tempahan katering daripada staff-staff Menara TM. Rupanya Nasi Rambo sudah menjadi buah mulut staff di sana. 15 Ogos 2014 Jumaat. Ini kali ke-8 Nasi Rambo ke sana. Sempena Majlis Hari Raya Staff TM Convention Centre. Puan Norhayati (tiada dalam gambar kerana beliau malu mahu bergambar dengan rambo yang comel terlajak) kata: Stesen Nasi Rambo paling laku dan habis dulu banding dengan stesen-stesen menu lain. WOW!

Mahu dijadikan cerita, saya berjejak kasih dengan sahabat karib sekolah lama. Ustaz Shah Rezza Al-Hafiz. Kebetulan beliau jadi Ustaz kuliah Jumaat dan Khatib pada hari tersebut. 11 tahun terpisah tu!. Beliau baru berkhidmat di TM. Masyukkkk! Dalam sembang beliau memberitahu di TM, sering diadakan majlis-majlis dan memerlukan khidmat katering. Saiz? 500 pax dan ke atas lah. Alhamdullillah. Hikmah persahabatan yang bertaut kembali setelah sekian lama.

Nota: Siapa lagi ensem? baju merah ke jubah hitam?


Wednesday 13 August 2014

Gaza dan kita sentiasa bersaudara.


Jualan Amal Gaza bazar Ramadan. Jumaat 13 Ramadan 
***********************************************************************
Segala puji bagi Allah kerana Nasi Rambo bersama Masak Lomak Catering berjaya mengumpulkan sebanyak RM484.50 daripada jualan bazar Ramadan hari tersebut.
Jumlah terkumpul tersebut telah kami salurkan ke Tabung MAPIM untuk disampaikan terus ke wakil Palestin di sana.



Jutaan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan dan para peminat rambo yang menyokong dan cakna pada saudara kita di Gaza.
Gaza sentiasa di dalam doa kami.

Ketagihan melanda Menara TM

Puan Kavitha dari Menara TM sudah ghaso Nasi Rambo. Hampir setiap minggu kakitangan Menara TM pasti menempah Nasi Rambo sebagai menu utama pilihan mereka. Mereka di Menara TM sudah ketagih Nasi Rambo nampak gayanya.

Buka sahaja penutup bekas makanan, harum dan wangi aroma Nasi Rambo sudah menguasai selera mereka. Apa boleh buat, kami memasak dengan penuh kasih sayang. Perasaan kasih itu meresap ke dalam perut-perut mereka sehinggakan saban minggu mereka pasti repeat order.

Jika anda mahu jadi seperti mereka di Menara TM, boleh order Nasi Rambo melalui Kapten Rambo di talian 011-2326 0204.

Monday 11 August 2014

Pemenang Like ke-100 Nasi Rambo

Ini adalah Puan Rusni Amat dari Shah Alam, Selangor. Beliau kami hadiahkan 3 Set Nasi Rambo. Kenapa? Sebab beliau tekan butang LIKE di fanpage Nasi Rambo sahaja. Kami pilih kerana beliau adalah liker ke-100 fanpage kami.

Ada siapa lagi yang mahu jadi geng Nasi Rambo?